20/5/2025
Program Kuliah Bulanan Ahli Sunnah Waljama'ah
Selasa, 20/05/2025 Program Kuliah Bulanan Ahli Sunnah Waljama’ah Tajuk: “IMAN SEBAGAI TERAS KEHIDUPAN MUKMIN” Anjuran: Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam
Kerjasama:
- Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) _________
Ringkasan Pegisian Ceramah: Iman merupakan asas utama dalam kehidupan seorang mukmin. Ia merangkumi keyakinan dalam hati, pengakuan melalui lisan, serta dibuktikan dengan amalan. Iman mencakupi kepercayaan kepada enam rukun iman dan menjadi benteng yang melindungi daripada penyelewengan akidah. Iman membentuk peribadi yang teguh dan istiqamah dalam menghadapi pelbagai cabaran. Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya, sebagaimana yang dirakam dalam al-Qur’an, menekankan betapa pentingnya menjaga keutuhan tauhid. Dalam era moden yang sarat dengan cabaran materialisme dan hedonisme, iman menjadi penyeimbang yang mengingatkan bahawa kekayaan dan kesenangan dunia hanyalah ujian. Iman yang kukuh memandu setiap keputusan hidup, menyemai sifat sabar, syukur dan tawakal kepada Allah. Iman bukan sekadar satu kepercayaan dalam hati, tetapi merupakan teras kepada seluruh gaya hidup seorang mukmin. Ia menjadikannya insan yang bermanfaat, cemerlang di dunia dan akhirat.
الإيمان كأساس لحياة المؤمن
يُعدّ الإيمان الركيزة الأساسية في حياة المؤمن، إذ يشمل التصديق بالقلب، والإقرار باللسان، والعمل بالجوارح. ويتضمّن الإيمان الإيمان بأركان الإيمان الستة، ويُشكّل حصنًا يحمي من انحراف العقيدة. كما يُكوّن شخصية راسخة وثابتة في مواجهة شتى التحديات. وقد أكّد لقمان الحكيم في نصيحته لابنه، كما ورد في القرآن الكريم، على أهمية الحفاظ على توحيد الله عزّ وجل. وفي العصر الحديث الذي يموج بالتحديات المادية والنزعات الاستهلاكية، يصبح الإيمان ميزانًا يُذكّر بأنّ الثروة وملذات الدنيا ما هي إلا اختبار. فالإيمان الراسخ يهدي كل قرار في الحياة، ويغرس صفات الصبر، والشكر، والتوكل على الله. فالإيمان ليس مجرد اعتقاد في القلب، بل هو جوهر نمط حياة المؤمن، يجعله إنسانًا نافعًا، متفوقًا في الدنيا والآخرة.



