22/01/2025

Academic Writing Workshops for Graduate Students

Academic Writing Workshops for Graduate Students Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

ورشة الكتابة لطلاب الدراسات العليا
جامعة السلطان الشريف علي الإسلامية


“TIPS GOT (GRADUATE ON TIME) MASTER & PHD” Rabu, 22 Januari 2025 Brunei Darussalam ______ Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i (PPMS), UNISSA untuk membantu mahasiswa di peringkat Master dan Ph.D dalam memahami kaedah dan strategi penulisan yang perlu diambil untuk memastikan mereka dapat menyelesaikan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan, atau dikenali sebagai Graduate on Time (GOT).
Isu kelewatan tamat pengajian dalam kalangan pelajar pascasiswazah sering kali disebabkan oleh kurangnya perancangan yang baik, pengurusan masa yang lemah, dan ketidakfahaman terhadap prosedur akademik.
Bengkel ini memberi pendedahan kepada strategi-strategi penting yang mampu membantu pelajar menghadapi cabaran sepanjang pengajian mereka.
Bengkel ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan perbincangan interaktif, di mana para mahasiswa diberi peluang untuk berkongsi cabaran yang dihadapi dan mendapatkan maklum balas langsung daripada fasilitator. —